Soalan Lazim
1
Apa itu i-LEARN Ace?
i-LEARN Ace merupakan platform pengajaran dan pembelajaran hibrid; bukan sahaja boleh digunakan secara dalam talian (online) tetapi juga secara luar talian (offline) dengan menggunakan Aplikasi Mudah Alih (App) i-LEARN Ace. Platform ini boleh diakses di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja; bertepatan sekali dengan motonya, iaitu M-Learning Platform (Mobile Learning Platform).
2
Syarikat manakah yang membangunkan dan memasarkan i-LEARN Ace?
i-LEARN Ace dibangunkan oleh syarikat Sasbadi Online Sdn. Bhd. dan dipasarkan oleh MindTech Education Sdn. Bhd.. Dua syarikat tersebut merupakan anak syarikat Sasbadi Holdings Berhad. Sasbadi Online merupakan pakar dalam kandungan pendidikan Malaysia dan pembangunan platform digital.
3
Siapakah pengguna i-LEARN Ace?
Guru, murid, dan ibu bapa murid Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) bermula dari tahun 4 hingga tingkatan 5.
4
Berapakah jenis akaun yang terdapat dalam i-LEARN Ace?
Terdapat tiga jenis akaun, iaitu Akaun Murid, Akaun Guru, dan Akaun Ibu Bapa (percuma selepas melanggan Akaun Murid).
5
Adakah kandungan i-LEARN Ace meliputi sukatan pelajaran untuk subjek utama yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan sentiasa dikemas kini?
Ya, kandungan i-LEARN Ace meliputi sukatan pelajaran untuk subjek utama yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan sentiasa dikemas kini 100% mengikut silibus KSSR Semakan dan KSSM.
6
Apakah fungsi dan ciri i-LEARN Ace?
(a) Nota
- Nota
- Nota Tambahan (daripada Guru kepada Murid)
- Peta Minda Saya
- Peta Minda
- Sampel Peta Minda
- Tugasan (daripada Guru kepada Murid)
- Praktis Objektif
- Praktis Subjektif - Praktis pengukuhan sumatif ke arah UASA dan SPM
- Praktis PBD (Pentaksiran Bilik Darjah) - Aktiviti formatif (Tahun 4 hingga Tingkatan 3)
- Ujian Lisan (ke arah SPM)
- Kertas Ujian, Kertas Percubaan SPM dan Kertas Model SPM (memenuhi format UASA dan SPM terkini)
- Tugasan (daripada Guru kepada Murid)
7
Apakah pakej yang ditawarkan oleh i-LEARN Ace?
i-LEARN Ace menawarkan 4 pakej, iaitu:
(a) Pakej Sekolah Rendah SK (Tahun 4, 5 dan 6)
(b) Pakej Sekolah Rendah SJKC (Tahun 4, 5 dan 6)
(c) Pakej Sekolah Menengah Rendah (Tingkatan 1, 2 dan 3)
(d) Pakej Sekolah Menengah Atas (Tingkatan 4 dan 5)
(b) Pakej Sekolah Rendah SJKC (Tahun 4, 5 dan 6)
(c) Pakej Sekolah Menengah Rendah (Tingkatan 1, 2 dan 3)
(d) Pakej Sekolah Menengah Atas (Tingkatan 4 dan 5)
8
Apakah subjek yang ditawarkan bagi setiap pakej i-LEARN Ace?
9
Apakah ciri dan fungsi Akaun Ibu Bapa i-LEARN Ace?
Setiap keputusan set soalan penilaian yang telah dijawab oleh anaknya akan dihantar terus ke Akaun Ibu Bapa dan e-mel ibu bapa. Dengan demikian, ibu bapa akan segera mengetahui prestasi anak mereka bagi semua subjek.
10
Apakah ciri dan fungsi Akaun Guru i-LEARN Ace?
Melalui Akaun Guru, guru dapat menggunakan kandungan i-LEARN Ace sebagai bahan pengajaran secara tradisional atau tuisyen secara maya. Guru juga dapat memberikan nota tambahan (klip video, audio, animasi, ilustrasi dan nota peribadi), tugasan peta minda, dan tugasan soalan (praktis objektif dan praktis subjektif) kepada murid. Tugasan soalan objektif akan disemak oleh sistem dan keputusannya akan dihantar ke Akaun Guru. Laporan tugasan turut dijana di Akaun Guru agar guru dapat mengetahui prestasi murid-murid mereka.
11
Adakah saya perlu menggunakan komputer dengan spesifikasi yang canggih untuk mengakses i-LEARN Ace?
Tidak perlu. Anda hanya perlu menggunakan pelayar Google Chrome di komputer, tablet atau telefon pintar sekiranya ingin menggunakan i-LEARN Ace secara dalam talian (online). Jika anda ingin menggunakan i-LEARN Ace secara luar talian (offline) pula, anda perlu memuat turun dan memasang Aplikasi Mudah Alih i-LEARN Ace dari App Store (iOS) atau Play Store (Android).
12
Berapakah harga langganan untuk pakej i-LEARN Ace?
Harga runcit biasa bagi pakej i-LEARN Ace adalah seperti yang berikut:
(a) Akaun Murid 180 hari: RM193
(b) Akaun Murid 365 hari: RM385
(c) Akaun Guru 365 hari: RM385
Anda juga boleh menjadi ahli MindTech Education untuk menikmati harga ahli, iaitu:
(a) Akaun Murid 180 hari: RM175
(b) Akaun Murid 365 hari: RM350
(c) Akaun Guru 365 hari: RM350
13
Adakah video panduan disediakan sekiranya saya tidak tahu menggunakan fungsi yang terdapat dalam i-LEARN Ace?
Ya, i-LEARN Ace menyediakan video panduan sekiranya anda ingin tahu cara-cara menggunakan fungsi yang terdapat dalam i-LEARN Ace. Sila klik pautan ini, http://www.sasbadionline.com/tutorial.
14
Adakah perkhidmatan selepas jualan disediakan sekiranya saya menghadapi masalah dengan i-LEARN Ace?
Ya, kami menyediakan perkhidmatan selepas jualan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang masalah teknikal atau masalah kandungan, anda boleh menghubungi kami melalui:
E-mel: enquiry@ilearnace.com
Telefon: +603-6142 3820 / +603-6150 4526
Khidmat Pesanan Ringkas: +6010-4028331 (SMS, WhatsApp, Telegram, Viber, WeChat, Line).
Waktu bekerja kami adalah seperti yang berikut:
(Sebarang pertanyaan diterima selepas waktu bekerja akan dilayan pada hari bekerja yang berikutnya)
E-mel: enquiry@ilearnace.com
Telefon: +603-6142 3820 / +603-6150 4526
Khidmat Pesanan Ringkas: +6010-4028331 (SMS, WhatsApp, Telegram, Viber, WeChat, Line).
Waktu bekerja kami adalah seperti yang berikut:
Isnin hingga Jumaat
8:30 pagi - 1:00 tengah hari dan
2:00 petang - 5:30 petang